Silver Bars
PreciousMetals-Silver.com

SILVER BULLION - SILVER COINS
PRECIOUS METALS INVESTING

 




Latest Photos on 'silver coins'


Silver and Gold

frankieleon posted a photo:

Silver and Gold


Duit Syiling Peringatan Sempena Ulang Tahun ke-25 KWSP (1976) ($25) - Silver Proof

syiling peringatan malaysia posted a photo:

Duit Syiling Peringatan Sempena Ulang Tahun ke-25 KWSP (1976) ($25) - Silver Proof

Sempena ulang tahun ke-25 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Bank Negara Malaysia mengeluarkan syiling perak peruf (Proof Coin) bernilai muka $25 pada 18 Oktober 1976. Duit syiling ini ditempa sebanyak 7796 ribu keping sahaja yang ditempa di Franklin Mint, Amerika Syarikat. Sesuai disimpan sebagai koleksi

Bahagian hadapan duit syiling ini menggambarkan logo KWSP dan peta Malaysia.


Duit Syiling Peringatan Sempena Rancangan Malaysia ke-4 (RMK-4) (1981) ($20) - Silver Proof

syiling peringatan malaysia posted a photo:

Duit Syiling Peringatan Sempena Rancangan Malaysia ke-4 (RMK-4) (1981) ($20) - Silver Proof

Sempena memperingati pelancaran Rancangan Malaysia Ke-4 (RMK-4) oleh Perdana Menteri Ketiga, Tun Hussein Onn pada 16 Mac 1981, Bank Negara Malaysia mengeluarkan syiling perak peruf (Proof Coin) bernilai muka $20 pada 1 Disember 1981. Duit syiling ini ditempa sebanyak 5000 ribu keping sahaja yang ditempa di Franklin Mint, Amerika Syarikat. Sesuai disimpan sebagai koleksi.

Bahagian hadapan duit syiling ini menggambarkan potret Perdana Menteri Ketiga, Tun Hussein Onn.


Duit Syiling Peringatan Perak (Peruf) Sempena Jubli Emas Pemerintahan DYMM Tuanku Sultan Kedah (2008)

syiling peringatan malaysia posted a photo:

Duit Syiling Peringatan Perak (Peruf) Sempena Jubli Emas Pemerintahan DYMM Tuanku Sultan Kedah (2008)

Duit syiling pruf ini diperbuat daripada logam perak tulen dengan ketulenan 99.9 dan beratnya ialah 29.75 gram sekeping. Nilai muka duit syiling ini ialah 10 dirham. Duit syiling ini dikenali sebagai “DIRHAM MU’ADZAM SHAH” menjadikan duit syiling ini “VERY LIMITED AND HIGH VALUE COLLECTION”.

Syiling dirham ini dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman melalui Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) dan Yayasan Islam Negeri Kedah (YIKED) telah bekerjasama dengan IGDX Holdings Limited melalui anak syarikatnya iaitu E-Qirad Sdn Bhd.

Penempaan syiling dirham perak ini adalah bersempena dengan sambutan Jubli Emas (50 tahun) pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlisha berada di atas takhta pemerintahan Negeri Kedah Darul Aman serta semua kemuliaan dan kebesarannya.
Reka bentuk sebelah hadapan duit syiling peringatan ini memaparkan gambar Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Reka bentuk sebelah belakang pula memaparkan jata negeri Kedah dan nilai muka duit syiling ini iaitu 10 dirham.


Duit Syiling Peringatan Sempena Ulang Tahun Ke-20 Bank Negara (1979) ($1) - Silver Proof

syiling peringatan malaysia posted a photo:

Duit Syiling Peringatan Sempena Ulang Tahun Ke-20 Bank Negara (1979) ($1) - Silver Proof

Sempena ulang tahun ke-20 Bank Negara Malaysia, Bank Negara Malaysia mengeluarkan syiling perak peruf (Proof Coin) bernilai muka $1 pada 26 Januari 1979. Duit syiling ini ditempa sebanyak 8000 ribu keping sahaja yang ditempa di Birmingham Mint, United Kingdom. Sesuai disimpan sebagai koleksi

Bahagian hadapan duit syiling ini menggambarkan bangunan ibu pejabat Bank Negara Malaysia, Kuala Lumpur.


Duit Syiling Peringatan Sempena Ulang Tahun Ke-25 Kemerdekaan (1982) ($25) - Silver Proof

syiling peringatan malaysia posted a photo:

Duit Syiling Peringatan Sempena Ulang Tahun Ke-25 Kemerdekaan (1982) ($25) - Silver Proof

Sempena sambutan ulang tahun ke-25 kemerdekaan Malaysia, Bank Negara Malaysia mengeluarkan syiling perak peruf (Proof Coin) bernilai muka $25 pada 31 Ogos 1982. Duit syiling ini ditempa sebanyak 7000 ribu keping sahaja yang ditempa di Royal Mint, United Kingdom. Sesuai disimpan sebagai koleksi.

Bahagian hadapan duit syiling ini menggambarkan potret Y.T.M. Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj semasa detik bersejarah pengisytiharan kemerdekaan Malaysia.


Duit Syiling Peringatan Sempena Dekad Wanita Bangsa-bangsa Bersatu (1986) ($25) - Silver Proof

syiling peringatan malaysia posted a photo:

Duit Syiling Peringatan Sempena Dekad Wanita Bangsa-bangsa Bersatu (1986) ($25) - Silver Proof

Sempena mempertingkatkan kedudukan wanita di negara-negara membangun, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) melalui Pembangunan Sosial dan Hal Ehwal Kemanusiaan telah mengadakan Program Duit Syiling Dekad Wanita Bangsa-bangsa Bersatu. Malaysia merupakan salah sebuah daripada 24 buah negara yang menyertai program tersebut.

Bank Negara Malaysia mengeluarkan syiling perak peruf (Proof Coin) bernilai muka $25 pada 1 Julai 1986. Duit syiling ini ditempa sebanyak 2000 ribu keping sahaja yang ditempa di Valcambi Mint, Switzerland. Sesuai disimpan sebagai koleksi.

Bahagian hadapan duit syiling ini menggambarkan burung merpati sebagai lambang kebebasan wanita.


Duit Syiling Peringatan Sempena Ulang Tahun Ke-10 Bank Negara (1969) ($1) - Silver Proof

syiling peringatan malaysia posted a photo:

Duit Syiling Peringatan Sempena Ulang Tahun Ke-10 Bank Negara (1969) ($1) - Silver Proof

Walaupun sudah berusia kira-kira 40 tahun, duit ini kelihatan begitu cantik dan berkilat kerana dijaga dengan begitu baik. Agak susah untuk mengambil gambarnya sehingga kilauan bagaikan cermin pada duit ini menghasilkan bayang lensa kamera.

Harga semasa pula mencecah kira-kira RM2000. Harganya yang "mahal" disebabkan inilah duit syiling peringatan yang PERTAMA di Malaysia, Tambahan lagi kuantiti tempaannya cuma 1000 tempaan sahaja, dan duit ini diperbuat daripada Perak (Silver) bukannya Copper-Nickel.

Terima Kasih pada pemilik duit syiling ini kerana memberi kebenaran untuk mengambil gambar seterusnya dimuatkan ke dalam flickr ini.

Koleksi ini milik dan boleh didapati LG-22 & 23, Maju Junction Mall, 1001 Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur.


Duit Syiling Peringatan Sempena Ulang Tahun Ke-25 Bank Negara (1984) ($25) – Silver Proof

syiling peringatan malaysia posted a photo:

Duit Syiling Peringatan Sempena Ulang Tahun Ke-25 Bank Negara (1984) ($25) – Silver Proof

Sempena ulang tahun ke-25 Bank Negara Malaysia, Bank Negara Malaysia mengeluarkan syiling perak peruf (Proof Coin) bernilai muka $25 pada 26 Januari 1984. Duit syiling ini ditempa sebanyak 10 000 ribu keping sahaja yang ditempa di Singapore Mint. Sesuai disimpan sebagai koleksi.

Bahagian hadapan duit syiling ini menggambarkan potret Sultan Haji Ahmah Shah Al-MustainBillah ibni Almarhum Sultan Sir Abu Bakar Riayatiddin Al-Muadzam Shah, Sultan Pahang ke-5 dan Yang Dipertuan Agong ke-7 dari 29 Mac 1979 sehingga 25 April 1984.

Bahagian belakang duit syiling ini pula menggambarkan logo Bank Negara Malaysia iaitu KIJANG. Haiwan ini diambil sempena duit Kijang Emas, duit syiling emas terawal dari Kelantan. Lakaran matahari menggambarkan kuasa manakala bulan sabit menggambarkan Islam sebagai agama rasmi Malaysia.


Duit Syiling Peringatan Sempena Rancangan Malaysia Ke-3 (RMK-3) (1976) ($1) - Copper Nickel Proof

syiling peringatan malaysia posted a photo:

Duit Syiling Peringatan Sempena Rancangan Malaysia Ke-3 (RMK-3) (1976) ($1) - Copper Nickel Proof

Sempena memperingati pelancaran Rancangan Malaysia Ke-3 (RMK-3) oleh Perdana
Menteri Kedua, Tun Abdul Razak pada bulan Julai 1976, Bank Negara Malaysia
mengeluarkan syiling copper nickel peruf (Proof Coin) bernilai muka $1 pada 15
Disember 1976. Duit syiling ini ditempa sebanyak 17 300 ribu keping sahaja yang
ditempa di Franklin Mint, Amerika Syarikat. Sesuai disimpan sebagai koleksi.

Uniknya, syiling ini ditempa dalam bentuk segi 14 menjadikannya satu-satunya duit syiling sebegini di dunia.

Bahagian hadapan duit syiling ini menggambarkan potret Tun Abdul Razak dengan dikelilingi oleh 13 bendera negeri dalam Malaysia.


Duit Syiling Peringatan Sempena Sukan SEA Ke-9 (1977) ($1) - Copper Nickel Proof

syiling peringatan malaysia posted a photo:

Duit Syiling Peringatan Sempena Sukan SEA Ke-9 (1977) ($1) - Copper Nickel Proof

Sempena Sukan Asia Tenggara (Sukan SEA) ke-9 yang diadakan di Kuala Lumpur
pada tahun 1977, Bank Negara Malaysia mengeluarkan copper nickel peruf (Proof Coin) bernilai muka $1 pada 24 Jun 1977. Duit syiling ini ditempa sebanyak 10 877 ribu keping sahaja yang
ditempa di Franklin Mint, Amerika Syarikat. Sesuai disimpan sebagai koleksi.

Bahagian hadapan duit syiling ini menggambarkan pemain wau bulan, salah satu permainan tradisional masyarakat Malaysia.


Duit Syiling Peringatan Sempena Ulang Tahun Ke-35 Persidangan PATA (1986) ($1 & $5) – Silver Proof

syiling peringatan malaysia posted a photo:

Duit Syiling Peringatan Sempena Ulang Tahun Ke-35 Persidangan PATA (1986) ($1 & $5) – Silver Proof

Sempena memperingati ulang tahun ke-35 PATA [Pacific Asia Travel Association (Persatuan Perjalanan Kawasan Pasifik)] dan Malaysia selaku tuan rumah persidangan PATA 1986 pada 9 hingga 16 April 1986, Bank Negara Malaysia mengeluarkan syiling syiling perak peruf (Proof Coin) bernilai muka $1 dan $5 pada 9 April 1986. Duit syiling dua dalam satu ini ditempa sebanyak 11 000 ribu keping sahaja yang ditempa di Singapore Mint. Sesuai disimpan sebagai koleksi.

Bahagian hadapan duit syiling ini menggambarkan logo rasmi persidangan ini iaitu PENYU. Malaysia memilih tema “Kenali Malaysia, Cintai Malaysia”.


Duit Syiling Peringatan Sempena Rancangan Malaysia Ke-4 (RMK-4) (1981) ($1) - Copper Nickel Proof

syiling peringatan malaysia posted a photo:

Duit Syiling Peringatan Sempena Rancangan Malaysia Ke-4 (RMK-4) (1981) ($1) - Copper Nickel Proof

Sempena memperingati pelancaran Rancangan Malaysia Ke-4 (RMK-4) oleh Perdana Menteri Ketiga, Tun Hussein Onn pada 16 Mac 1981, Bank Negara Malaysia mengeluarkan syiling copper nickel peruf (Proof Coin) bernilai muka $1 pada 1 Disember 1981. Duit syiling ini ditempa sebanyak 10 000 ribu keping sahaja yang ditempa di Franklin Mint, Amerika Syarikat. Sesuai disimpan sebagai koleksi.

Bahagian hadapan duit syiling ini menggambarkan potret Perdana Menteri Ketiga, Tun Hussein Onn.

UCAPAN DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD DI TINGKAT 13, BANGUNAN BANK NEGARA MALAYSIA
PADA 13/11/1981 SEMPENA MAJLIS PENYAMPAIAN DUIT-DUIT SYILING PERINGATAN RANCANGAN MALAYSIA KEEMPAT KEPADA YANG AMAT BERBAHAGIA TUN HUSSEIN ONN


Yang Amat Berbahagia Tun Hussein Onn, Yang Berbahagia Dato' Abdul Aziz bin Haji Taha, Gabenor, Bank Negara Malaysia, dan Ahli-ahli Lembaga Pengarah, Dif-dif Kehormat, Tuan-tuan sekelian.

Saya merasa gembira pada hari ini kerana diberi satu tugas yang istimewa, iaitu tugas untuk menyampaikan satu set duit-duit syiling peringatan Rancangan Malaysia Keempat kepada Yang Amat Berbahagia Tun Hussein Onn.

2. Seperti kita sedia maklum, Rancangan Malaysia Keempat ini telah dilancarkan pada bulan Mac yang lalu oleh Yang Amat Berbahagia Tun Hussein Onn yang pada masa itu menjadi Perdana Menteri Malaysia.

3. Duit-duit syiling peringatan Rancangan Malaysia Keempat ini telah diluluskan oleh Kerajaan Malaysia untuk memperingati pelancaran Rancangan Malaysia Keempat dan sebagai merakamkan penghormatan yang berkekalan kepada Yang Amat Berbahagia Tun Hussein Onn. Sebagai menghargai sumbangan Yang Amat Berbahagia Tun yang gigih dan dedikasi ke arah pencapaian hasrat Kerajaan untuk meningkat perpaduan nasional dan pembangunan negara, potret Yang Amat Berbahagia Tun sendiri telah menghiasi duit-duit syiling khas ini.

4. Sekarang, sebagai tanda penghargaan yang tinggi Kerajaan Malaysia kepada Yang Amat Berbahagia Tun Hussein Onn di atas jasa-jasa beliau kepada negara dan rakyat Malaysia, saya bagi pihak Kerajaan Malaysia, dengan gembiranya menyampaikan satu set duit-duit syiling peringatan Rancangan Malaysia Keempat kepada Yang Amat Berbahagia Tun Hussein Onn.


Duit Syiling Peringatan Sempena Ulang Tahun Ke-25 Kemerdekaan (1982) ($1) - Copper Nickel Proof

syiling peringatan malaysia posted a photo:

Duit Syiling Peringatan Sempena Ulang Tahun Ke-25 Kemerdekaan (1982) ($1) - Copper Nickel Proof

Sempena sambutan ulang tahun ke-25 kemerdekaan Malaysia, Bank Negara Malaysia mengeluarkan syiling copper nickel peruf (Proof Coin) bernilai muka $1 pada 31 Ogos 1982. Duit syiling ini ditempa sebanyak 15 000 ribu keping sahaja yang ditempa di Royal Mint, United Kingdom. Sesuai disimpan sebagai koleksi.

Bahagian hadapan duit syiling ini menggambarkan potret Y.T.M. Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj semasa detik bersejarah pengisytiharan kemerdekaan Malaysia.

UCAPAN DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD BANK NEGARA MALAYSIA 30/08/1982 SEMPENA MAJLIS PENYAMPAIAN DUIT-DUIT SYILING PERINGATAN 25 TAHUN MERDEKA KEPADA YANG TERAMAT MULIA TUNKU ABDUL RAHMAN


Saya merasa amat bangga kerana diberi penghormatan untuk menyampaikan satu set Duit Syiling Peringatan 25 Tahun Merdeka sebagai hadiah kepada Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj Perdana Menteri Malaysia yang pertama.

2. Duit-Duit Syiling Peringatan ini dikeluarkan khas sebagai memperingati ulangtahun kemerdekaan negara kita yang ke 25. Walaupun 25 tahun telah berlalu perjuangan kemerdekaan dan usaha-usaha bagi mengekalkan kemerdekaan kita sentiasa dikenang. Duit syiling ini merupakan satu penghormatan negara dan rakyat kepada jasa dan bakti sekelian pejuang dan negarawan yang telah mengembalikan kedaulatan negara dan memeliharanya hingga kini. Jasa mereka akan tetap dikenang.

3. Khususnya, di dalam kumpulan ini, ialah Yang Teramat Mulia Tunku, "Bapa Merdeka" dan "Bapa Malaysia." Saya percaya, Majlis kita pada hari ini akan membawa Yang Teramat Mulia Tunku melalui liku-liku sejarah perjuangannya, mengenang kembali pahit-manisnya.

4. Sesungguhnya Duit-Duit Syiling Peringatan 25 Tahun Merdeka ini merupakan satu simbol penghormatan rasmi yang berkekalan terhadap Yang Teramat Mulia Tunku khasnya serta para pejuang tanahair yang lain amnya di atas sumbangan mereka yang tidak ternialai terhadap negara Malaysia.

5. Sekarang, dengan segala sukacitanya saya, bagi pihak Kerajaan Malaysia menghadiahkan satu set Duit-Duit Syiling Peringatan 25 Tahun Merdeka kepada Yang Teramat Mulia Tunku.


Duit Syiling Peringatan Perak (Peruf) Sempena Kejohanan Hoki Lelaki Piala Dunia Ke-10 (2002)

syiling peringatan malaysia posted a photo:

Duit Syiling Peringatan Perak (Peruf) Sempena Kejohanan Hoki Lelaki Piala Dunia Ke-10 (2002)

Duit syiling pruf ini diperbuat daripada logam perak Sterling dengan ketulenan 92.5 dan beratnya ialah 16.8 gram sekeping. Nilai muka duit syiling ini ialah RM10. Sebanyak 2500 keping sahaja ditempa menjadikan duit syiling ini “VERY LIMITED AND HIGH VALUE COLLECTION”. Dikeluarkan pada 29 Januari 2002.

Reka bentuk sebelah hadapan duit syiling ini memaparkan sebahagian peta dunia, aksi dua pemain hoki dan mercu tanda Kuala Lumpur yang terdiri daripada Menara Berkembar Petronas dan Menara Kuala Lumpur sebagai reka bentuk latar.

Reka bentuk sebelah belakang pula memaparkan nilai muka duit syiling ini dan logo rasmi Kejohanan Hoki Lelaki Piala Dunia 2002.


Duit Syiling Peringatan Perak (Peruf) Sempena Perisytiharan Shah Alam Sebagai Bandaraya (2000)

syiling peringatan malaysia posted a photo:

Duit Syiling Peringatan Perak (Peruf) Sempena Perisytiharan Shah Alam Sebagai Bandaraya (2000)

Dikatakan siri pengeluaran syiling yang paling sukar untuk diperoleh (very rare). Banyak juga pengumpul yang mencari syiling ini dan sanggup membayar dengan harga yang tinggi semata-mata untuk memiliki syiling ini. Menurut seorang peniaga mata wang, walaupun syiling ini ditempa sebanyak 1000 keping, namun yang dijual hanya sedikit sahaja, selebihnya dibeli oleh pihak tertentu untuk dihadiahkan kepada tetamu terhormat (VIP) semasa majlis mengisytiharkan Shah Alam sebagai bandar raya. Tapi itu cerita peniaga tersebut.

Duit syiling perak ini diperbuat daripada logam perak Sterling dengan ketulenan 92.5 dan beratnya ialah 21.7 gram sekeping. Nilai muka duit syiling ini ialah RM10. Sebanyak 1000 keping sahaja ditempa menjadikan duit syiling ini “VERY LIMITED AND HIGH VALUE COLLECTION”. Dikeluarkan pada 8 November 2000.

Reka bentuk sebelah hadapan duit syiling ini memaparkan gambaran bandar raya Shah Alam iaitu Masjid Negeri, Wisma MBSA, Perpustakaan Negeri, dan bangunan SUK Selangor. Di kawasan perimeter syiling ini memaparkan tulisan SEMPENA PENGISYTIHARAN BANDARAYA SHAH ALAM dan tarikh 10 OKTOBER 2000, iaitu tarikh perisytiharan Shah Alam sebagai bandar raya.

Reka bentuk sebelah belakang pula memaparkan nilai muka duit syiling ini dan jata (city council emblem) Majlis Bandar raya Shah Alam.

•Dahulu, Shah Alam dikenali sebagai Batu 3/Sungai Renggam. Pada 7 Disember 1978, atas perkenan Sultan Selangor, nama kawasan ini ditukar menjadi Shah Alam, nama pilihan baginda sendiri seterusnya dijadikan ibu negeri Selangor.


Duit Syiling Peringatan Perak (Peruf) Sempena Piala Thomas/Uber 2000 (2000)

syiling peringatan malaysia posted a photo:

Duit Syiling Peringatan Perak (Peruf) Sempena Piala Thomas/Uber 2000 (2000)

Sempena Kejohanan Piala Thomas/Uber tahun 2000 yang dilangsungkan pada 11 hingga 21 Mei 2000 di Kuala Lumpur, Bank Negara Malaysia melalui Mariwasa Kraf tangan Sdn. Bhd. telah mengeluarkan duit syiling ini.

Walaupun untuk tempaan syiling perak ini berjumlah 20 000 keping. Namun duit syiling peruf perak ini SANGAT SUKAR untuk didapati. Jika ada pun, harganya meningkat menjadikan duit syiling ini “VERY LIMITED AND HIGH VALUE COLLECTION”. Dikeluarkan pada 2 Mei 2000.

Duit syiling perak ini diperbuat daripada logam perak dengan ketulenan 99.9 dan beratnya ialah 25 gram sekeping. Nilai muka duit syiling ini ialah RM10.

Reka bentuk sebelah hadapan duit syiling ini memaparkan gambar Piala Thomas dengan berlatarbelakangkan bulu tangkis. Perkataan Kuala Lumpur 2000 tertera pada bahagian atas manakala perkataan PIALA THOMAS/UBER tertera pada sebelah bawah.

Reka bentuk sebelah belakang pula memaparkan nilai muka duit syiling ini dan gabungan lama dan moden bangunan di Kuala Lumpur seperti Bangunan Sultan Abdul Samad, Bangunan Stesen Kereta api Tanah Melayu, Menara Berkembar Petronas (KLCC) dan Menara KL.

Duit syiling ini didatangkan dengan bekas khas yang diperbuat daripada pewter (pewter casing) berbentuk bulat yang berdiameter 85mm. Pada sebelah atas bekas ini, terdapat ukiran BUNGA KELOMPANG yang mengelilingi bekas tersebut, manakala di tengah-tengahnya terdapat gambaran Piala Thomas. Motif bunga kelompang diambil berdasarkan ukiran kayu yang popular di rumah-rumah tradisional masyarakat Melayu di negeri Perak.


Silver Coins

janujennifer posted a photo:

Silver Coins


2007 Southern Railways Silver Proof

cards-a-gogo posted a photo:

2007 Southern Railways Silver Proof

Austria 2007 20€ Southern Railways Silver Proof - the second coin in the Austrian Railways coin series

www.eurocollections.com/catalog/?product=2305?tid=flkr


Austrian Railways Coin Series Case

cards-a-gogo posted a photo:

Austrian Railways Coin Series Case

Austria Railway Series Collection Case - Designed to display all 6 coins to be released in the Austrian Railways series.

www.eurocollections.com/catalog/?product=2323?tid=flkr















































Beijing Olympic Coins at GovMint.com